Percutian


Assalamualaikum. Hai. Entry kali ni pasal percutian. Macam best je kalau nak cerita pasal percutian. Macam biasa saya akan pergi bercuti dengan Shieka, Faez, Jaw dan Fiqa. Kan tengah cuti semester, so tak wajib lah kalau tak pergi bercuti kan. Plan kalini nak pergi Langkawi, Kedah. Dekat sangat lah dengan kediaman saya kan. So, kalau dekat-dekat ni macam bosan je, rasa macam bukan bercuti. Nanti bercuti kat Langkawi, mesti ade jumpa saudara. Tak best langsung, tak bebas. Err. So, saya dengan semangatnya tukar tempat bercuti. Boleh ke? Boleh lah, setelah berbincang dengan rakan-rakan yang lain, kite orang bercadang pergi bercuti di Pulai Desaru, Johor. Waa bestnya, ade pantai, main pasir, baling pasir, banana boat ke?, makan ikan bakar tepi pantai, campaign, macam-macam lah. Ok, di sini menyatakan bahawa saya kuat berangan. Haha. Before that, saya wajib singgah di kl dahulu untuk shopping sikit-sikit. Macam tak pernah shopping je kan, bukan ape duduk kat perlis tak boleh shopping :) Nak lepas geram sikit.



Motif gambar "take a smile" ini, suruh awak-awak semua senyum. Ok lah setakat itu sahaja. Nanti saya nak update pasal PERMINTAAN. Haha. Ok bye, errr macam pelik je entry ni. Hahaha.

No comments: